Cara Hilangkan Sakit Gigi Di Rumah (Tanpa Ubat)

Jika anda pernah merasai kesakitan gigi, pasti anda tahu bahawa perasaannya amat pedih.

Namun, jika anda berada dalam keadaan yang sukar untuk pergi ke klinik gigi, jangan bimbang.

Artikel ini akan membincangkan beberapa cara untuk mengurangkan kesakitan gigi yang boleh anda lakukan di rumah untuk memberikan lega sementara.


Punca-punca Gigi Sakit

Sakit gigi ialah masalah yang umum dialami oleh banyak orang. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan gigi menjadi sakit. Berikut adalah beberapa punca utama sakit gigi:

Karies gigi

Ini ialah punca yang paling biasa bagi sakit gigi. Karies gigi berlaku apabila lapisan luar gigi, yang dikenali sebagai enamel, rosak akibat pengasidan oleh asid yang dihasilkan oleh bakteria dalam mulut.

Karies gigi boleh menyebabkan rasa sakit yang teruk jika tidak dirawat dengan segera.

contoh karies gigi

Sumber: Dimensions of Dental Hygiene

Penyakit keradangan gusi

Jika gusi anda meradang, ini boleh menyebabkan sakit gigi. Penyakit keradangan gusi, juga dikenali sebagai gingivitis, berlaku apabila plak gigi berkumpul di sekitar gusi dan menyebabkan keradangan.

Gusi yang meradang boleh menjadi bengkak dan menyebabkan rasa sakit.

perbezaan antara gusi yang sihat dan gingivitis

Sumber: Carson & Carson, DDS

Gigi sensitif

Gigi sensitif ialah keadaan di mana gigi menjadi sensitif terhadap rangsangan seperti makanan atau minuman panas, sejuk, atau manis.

Punca utama gigi sensitif adalah terdedahnya lapisan sensitif gigi, yang dikenali sebagai dentin. Dentin boleh terdedah akibat pengikisan enamel atau penipisan gusi.

gigi sakit semasa makan aiskrim

Gigi retak

Gigi yang retak boleh menyebabkan sakit gigi yang teruk. Retakan gigi boleh berlaku akibat kecederaan fizikal, mengunyah makanan yang keras, atau akibat gigi yang lemah akibat karies gigi.

Retakan gigi boleh menyebabkan rasa sakit apabila tekanan dikenakan pada gigi.

contoh gigi retak

Sumber: Alodokter

Gigi tersepit, terutama sekali gigi bongsu yang tumbuh senget

Gigi yang tersepit atau gigi bongsu yang tumbuh senget boleh menyebabkan rasa sakit yang teruk. Gigi yang tersepit boleh menghalang pertumbuhan gigi dan menyebabkan tekanan pada gigi-gigi yang lain.

gigi tersepit

Sumber: Irvine Lake Dental

Abses gigi

Abses gigi ialah jangkitan bakteria di dalam gigi atau gusi. Jangkitan ini boleh menyebabkan rasa sakit yang teruk, bengkak, dan kadang-kadang demam. Abses gigi memerlukan rawatan segera oleh doktor gigi.

abses gigi

Sakit sendi rahang

Sakit sendi rahang, juga dikenali sebagai TMD (Temporomandibular Joint Disorder), boleh menyebabkan rasa sakit di sekitar rahang dan telinga. Punca-punca TMD termasuk kecederaan fizikal, ketegangan otot, dan tekanan psikologi.

Selain itu, punca lain boleh disebabkan oleh penyakit dari bahagian badan lain seperti:

Cara Hilangkan Sakit Gigi

Berikut adalah beberapa cara yang berkesan dan bahan semulajadi yang boleh digunakan di rumah untuk meredakan sementara sakit gigi.

Cara tersebut hanya bertujuan sebagai penyelesaian sementara dan tetap perlu mendapatkan rawatan profesional.

Tuam gigi dengan beg ais

Apabila mengalami bengkak muka disebabkan oleh sakit gigi, tuam gigi dengan beg ais adalah antara cara yang boleh membantu mengurangkan kesakitan.

Dengan meletakkan beg ais yang dibungkus dengan kain di bahagian pipi yang sakit, tindakan ini dapat mengurangkan keradangan dan kesakitan.

Selain itu, beg ais juga boleh membantu mengurangkan sensitiviti saraf yang meningkat pada gigi yang menyebabkan rasa sakit.

tuam gigi dengan beg ais

Sumber: Archway Dental

Kumur air suam garam

Kumur air suam garam turut merupakan kaedah berkesan untuk merawat sakit gigi.

Air garam mempunyai sifat anti-radang dan dapat membersihkan kuman serta bakteria di dalam mulut.

Kumuran secara berkala bukan sahaja dapat mengeluarkan sisa-sisa makanan yang tersumbat di dalam lubang gigi, malah dapat membantu mengurangkan pembengkakan gusi.

kumur air garam

Berus Gigi dan Kumur dengan Ubat Kumur Chlorhexidine Gluconate

Selain itu, penggunaan ubat kumuran chlorhexidine gluconate selepas memberus gigi berguna bagi mereka yang ingin mencari penyelesaian lain bagi masalah sakit gigi.

Chlorhexidine gluconate membantu dalam mengatasi sakit gigi dengan cara menghapuskan bakteria yang menyebabkan keradangan gusi dan infeksi gigi.

Walau bagaimanapun, penggunaan ubat kumur jenis ini perlulah disarankan oleh doktor gigi kerana terdapat beberapa kesan sampingan jika digunakan untuk jangka masa panjang, seperti perubahan rasa, gigi bertukar warna, dan pengumpulan tartar yang meningkat.


Ada ulcer mulut? Lihat artikel ini untuk mengetahui cara merawat dan menghilangkannya dengan mudah!


Penggunaan Produk Kumur Mulut

Penggunaan produk kumur mulut juga boleh membantu mengurangkan kondisi seperti sakit gusi and kadang-kadang sakit gigi.

Ia mengandungi bahan-bahan anti-radang dan antibakteria yang berkesan dalam membersihkan gigi dan mengurangkan kesakitan gigi. Gunakan produk ini selepas memberus gigi untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.

Guna minyak bunga cengkih

Selain itu, terdapat juga remedi dari bidang perubatan tradisional yang didakwa dapat mengurangkan kesakitan gigi. Minyak bunga cengkih adalah satu lagi kaedah semulajadi untuk merawat sakit gigi.

Minyak ini mempunyai sifat analgesik semulajadi yang mampu mengurangkan rasa sakit pada gigi serta sifat anti-radang untuk merawat masalah gusi. 

Anda boleh titiskan sedikit minyak bunga cengkih pada kapas, kemudian sapu kapas tersebut pada gigi dan gusi yang terlibat.

guna minyak bunga cengkih

Sumber: Dr. Axe

Ubah Senyuman Anda Hari Ini!

Jadualkan konsultasi dengan kami untuk meneroka jalan ke senyuman yang lebih cerah dan sihat.

Jadualkan temujanji
cheerful-young-woman-having-dental-examination-clinic

Komplikasi yang boleh berlaku

Jika punca sakit gigi tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan:

Kesan kepada Dewasa

Jika sakit gigi tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kesakitan yang teruk pada gigi atau gusi. Kesukaran untuk mengunyah makanan juga mungkin berlaku akibat daripada kesakitan ini.

Selain itu, kebengkakan di bahagian gusi atau pipi turut menjadi komplikasi yang sering berlaku.

Kesukaran untuk membuka mulut seperti sebelumnya dan kesulitan untuk tidur adalah antara masalah lain yang mungkin timbul akibat sakit gigi yang tidak dirawat.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, gigi mati (non vital tooth) juga boleh berlaku dan ini boleh membawa kepada kehilangan gigi.

Kesan kepada Kanak-Kanak

Bagi kanak-kanak, sakit gigi turut mempunyai komplikasi tersendiri. Gigi yang sakit mungkin perlu dicabut dan ini akan menyebabkan masalah susunan gigi dalam jangka panjang.

Kebengkakan yang besar juga boleh menyebabkan kesukaran bagi kanak-kanak dalam hal membuka mulut, bernafas, dan mengunyah makanan.

kanak kanak takut sakit gigi

Selain itu, jika sakit gigi tidak dirawat dengan sewajarnya pada kanak-kanak, infeksi dari gigi akan menyebabkan bengkak muka atau rahang dan dari masa ke semasa, bengkak akan menutup atau menyumbat saluran nafas.

Kondisi ini adalah berbahaya and mereka perlu dimasukkan ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pengalaman ini bukan sahaja menimbulkan rasa ketakutan tetapi juga trauma kepada anak-anak.

Bila perlu jumpa doktor gigi untuk rawatan lanjutan?

Jika anda mengalami sakit gigi, anda haruslah jumpa doktor gigi dengan secepat mungkin lebih-lebih lagi kalau anda mengalami situasi berikut:

  • Sakit gigi berterusan tanpa sebarang pemulihan walaupun telah mengamalkan kaedah rawatan rumah
  • Kesakitan itu semakin teruk dan disertai dengan gejala lain seperti bengkak pada gusi atau demam
mulut sakit akibat ulser mulut

Rawatan Lanjutan yang Mungkin Diberikan oleh Doktor Gigi

Apabila berjumpa dengan doktor gigi, mereka mungkin akan melakukan pemeriksaan keseluruhan bagi mengenalpasti punca sakit dan memberikan rawatan lanjutan yang sesuai.

Ini mungkin termasuk prosedur-prosedur seperti cabutan gigi jika gigi tersebut sudah rosak parah dan tidak dapat dibaiki lagi.

Selain itu, doktor juga boleh melakukan pengisian tampalan bagi memperbaiki kerosakan pada gigi akibat karies. Kalau gigi tersebut sudah mati atau mempunyai infeksi, rawatan akar boleh dijalankan kalau gigi tersebut mempunyai struktur yang mengcukupi untuk membuat tampalan atau korona gigi. 

Doktor juga dapat memberikan ubat-ubatan tertentu bagi merawat jangkitan atau mengurangkan rasa sakit sehingga masalah tersebut dapat diuruskan secara lebih efektif.

doktor gigi menyemak gigi pesakit

Kesimpulan

Kesimpulannya, sakit gigi amat mengganggukan dan menyebabkan ketidakselesaan yang teruk.

Walaupun terdapat cara untuk mengurangkan kesakitan sakit gigi di rumah dan ubat yang boleh memberikan kelegaan sementara, perlu diingati bahawa kaedah dan ubat ini tidak boleh menggantikan rawatan pergigian yang sebenarnya.

Kami menggalakkan anda untuk mendapatkan rawatan sakit gigi daripada doktor gigi atau Klinik Pergigian Skye 😊

Dengan mendapatkan rawatan pergigian yang profesional, hal ini dapat membantu mengurangkan kesakitan sakit gigi anda dan mengelakkan keadaan daripada menjadi lebih serius.

Sedia untuk senyuman yakin dan berseri?

Tempah konsultasi untuk membincangkan pilihan rawatan yang disesuaikan. Senyuman yang lebih cerah dan gembira menanti anda!

Hubungi kami inspection-teeth-woman-with-help-mirror

Soalan Lazim

Apakah gejala biasa sakit gigi pada kanak-kanak?

Biasanya, kanak-kanak mengalami sakit gigi, bengkak gusi dan kesukaran makan. Mereka juga mungkin menjadi lebih rewel atau sukar tidur.

Adakah biasa bagi sakit gigi untuk menjalar ke rahang dan telinga?

Ya, hal ini sangat biasa. Sakit gigi boleh menjalar ke rahang dan telinga kerana saraf-saraf yang berhubung dengan gigi juga berkait rapat dengan kawasan-kawasan tersebut.

Bolehkah tekanan atau kebimbangan menyumbang kepada sakit gigi?

Tekanan dan kebimbangan boleh meningkatkan ketegangan otot wajah serta mempengaruhi penggunaan mulut secara tidak sengaja seperti menggigit kuku. Ini boleh menyebabkan masalah pada gusi dan gigi. Tekanan juga merupakan punca utama kikir gigi / bruxism pada waktu malam. Bruxism akan meningkatkan risiko gigi patah dan masalah sendi temporomandibular (TMD).

Apakah peranan pemakanan dalam mencegah sakit gigi?

Pemakanan yang seimbang dapat membantu mencegah penyakit gusi dan memastikan kesihatan terbaik untuk gigi anda. Amalkan pemakanan rendah gula serta tinggi serat akan memberikan manfaat kepada kesihatan mulut.

Apakah cara untuk menjaga sakit gigi semasa melancong atau ketika berada jauh dari rumah?

Pastikan anda membawa ubat penahan sakit seperti paracetamol bersama anda. Selain itu, elakkan daripada mengambil minuman panas atau sejuk secara tiba-tiba kerana ia boleh menambah kesakitan pada gusi atau gigi yang sensitif. Kadang-kadang, gosok gigi dengan bersih dapat mengurangkan kesakitan gigi. 

Apakah teknik penyelesaian sakit gigi yang khusus untuk gigi sensitif?

Untuk gigi sensitif, gunakan ubat khusus seperti ubat gigi desensitizer dan berus gigi lembut. Hindari makanan dan minuman panas atau sejuk secara berlebihan yang boleh merangsang gigi sensitif.

Bolehkah jangkitan sinus menyebabkan gejala seperti sakit gigi?

Boleh, jika mengalami sakit gigi di bahagian atas dan bersamaan dengan gejala sinus, seperti hidung tersumbat, berkumur dengan air garam dan mencari rawatan untuk jangkitan sinus mungkin membantu mengurangkan gejala sakit gigi.

Apakah komplikasi yang mungkin berlaku jika rawatan sakit gigi ditangguhkan?

Jangan tangguhkan rawatan sakit gigi, kerana kelewatan mendapatkan rawatan boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti abses gigi. Hal ini boleh menimbulkan risiko kesihatan yang tinggi.

Apa yang perlu dilakukan jika mengalami sakit gigi tiba-tiba dan teruk pada waktu malam?

Untuk mengatasi sakit gigi yang berlaku secara tiba-tiba pada waktu malam, minum air suam, hindari makanan atau minuman panas, dan letakkan kompres sejuk di luar mulut untuk mengurangkan kebengkakan.

Bolehkah gigi retak menjadi punca sakit gigi yang berterusan?

Gigi retak yang tidak dirawat boleh menyebabkan sakit gigi yang berterusan. Pastikan anda mendapatkan penilaian doktor gigi untuk penanganan yang sewajarnya.

Apakah peranan usia dalam kemungkinan mengalami sakit gigi?

Pertimbangkan keperluan rawatan gigi mengikut perubahan usia, seperti pemantauan lebih kerap untuk kanak-kanak atau penjagaan tambahan untuk gigi yang menua.

Bolehkah sakit gigi menjadi gejala masalah kesihatan yang lebih serius?

Sakit gigi boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang lebih serius, seperti penyakit gusi atau penyakit sistemik. Dapatkan penilaian profesional untuk mengenalpasti punca dan langkah rawatan yang sesuai.

Author

Share your love
Feliciayi
Feliciayi
Articles: 33