Cabutan Gigi: Sebab-Sebab, Prosedur, dan Tips Penjagaan

Cabutan gigi ialah prosedur untuk mengeluarkan gigi daripada soketnya dalam tulang rahang. Walaupun ramai orang mungkin berasa takut untuk mencabut gigi, tapi sebenarnya kemajuan dalam bidang pergigian telah menjadikan proses ini lebih cepat dan selesa. 


Terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda tahu sebelum mencabut gigi. Antaranya termasuk sebab-sebab cabutan gigi diperlukan, kejadian yang akan berlaku semasa prosedur, dan cara penjagaan mulut bagi melancarkan proses pemulihan selepas cabutan. 


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang proses cabutan gigi, teruskan membaca artikel ini!


Apa itu Cabutan Gigi?

Cabutan gigi ialah suatu prosedur untuk mengeluarkan gigi daripada soketnya dalam tulang rahang. Prosedur ini biasanya dilakukan oleh doktor gigi atau pakar pergigian seperti pakar bedah mulut dan periodontist.

Bilangan gigi yang perlu dicabut bergantung pada keadaan gigi anda. 

Kenapa Gigi Perlu Dicabut?

Cabutan gigi biasanya dilakukan apabila gigi berkenaan telah rosak dan tidak dapat diselamatkan lagi. Ada juga kes yang berkaitan dengan patologi ataupun penyakit gigi yang menyebabkan cabutan gigi perlu dijalankan.


Selain daripada kerosakan gigi dan penyakit gigi, kadang-kadang doktor gigi akan membuat cabutan bagi membetulkan kesesakan gigi semasa memasang braces. Untuk kanak-kanak pula, cabutan gigi susu yang longgar akan mendorong pertumbuhan gigi kekal


Berikut adalah antara faktor yang menyebab gigi untuk dicabut:


  • Jangkitan gigi (abses gigi)


  • Risiko jangkitan gigi



  • Penyakit gusi yang parah


  • Kecederaan gigi (trauma gigi)


  • Gigi terimpak



  • Gigi susu, iaitu gigi yang belum diganti oleh gigi kekal

Adakah anda mempunyai gigi yang sesak? Ketahui cara braces gigi boleh membetulkan masalah pergigian ini!


Jenis Cabutan Gigi

jenis cabutan gigi

Sumber: Freepik

Cabutan gigi dibahagi kepada dua jenis, iaitu cabutan gigi biasa dan cabutan gigi pembedahan. 

Cabutan Gigi Biasa (Simple Dental Extraction)

Cabutan gigi biasa adalah proses mengeluarkan gigi yang boleh diakses dengan mudah. Prosedur ini dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.


Doktor gigi akan menggunakan alat pergigian khas seperti elevator dan forceps (playar gigi) untuk mencabut gigi berkenaan. Prosedur ini jarang menyebabkan kesan sampingan dan masa pemulihan adalah lebih pendek berbanding dengan cabutan gigi pembedahan.

Cabutan Gigi Pembedahan (Surgical Dental Extraction)

Cabutan gigi pembedahan digunakan untuk mengeluarkan gigi yang tidak dapat diakses dengan mudah. Contohnya, gigi terimpak (gigi yang tertanam di bawah permukaan gusi) atau gigi yang patah pada garis gusi. Prosedur ini lebih kompleks daripada cabutan gigi biasa. 


Prosedur ini melibatkan membuat pembedahan pada gusi (cth: tisu lembut, tulang rahang) di kawasan sekitar gigi berkenaan untuk mengeluarkan gigi tersebut. Prosedur ini lebih invasif dan memerlukan masa pemulihan yang lebih panjang berbanding cabutan gigi biasa.

Ubah Senyuman Anda Hari Ini!

Jadualkan konsultasi dengan kami untuk meneroka jalan ke senyuman yang lebih cerah dan sihat.

Jadualkan temujanji
cheerful-young-woman-having-dental-examination-clinic

Apa Yang Perlu Dilakukan Sebelum Cabut Gigi?

Sebelum temu janji anda, sila mengamalkan langkah-langkah persediaan berikut untuk memastikan prosedur tersebut berjalan dengan lancar:


  • Makan sarapan / tengah hari / malam, dan ambil ubat-ubatan harian (cth: ubat untuk darah tinggi, kencing manis). 


  • Bawa kad perubatan dan x-ray mulut (jika ada).


  • Maklumkan doktor gigi anda mengenai rekod perubatan anda (cth: penyakit jantung, penyakit hati, sistem imun yang lemah), dan sebarang ubat-ubat atau suplemen yang anda ambil.


  • Beritahu doktor gigi anda jika anda berasa kurang sihat, atau berasa risau mengenai prosedur tersebut. 

Apakah Prosedur Untuk Cabut Gigi?

apakah prosedur untuk cabut gigi

Source: Freepik


Cabutan gigi biasanya mengambil masa antara 30 minit dan 1 jam. Berikut ialah langkah-langkah dalam prosedur ini:


Cabutan Gigi Biasa


  • Anda akan diberi suntikan bius (anestesia setempat) agar anda tidak berasa sakit. 

  • Bagi kes kompleks seperti pereputan gigi yang teruk atau gigi yang patah pada garis gusi, doktor gigi akan membuat hirisan pada gusi anda agar dapat merawat / mengakses gigi tersebut.

  • Gigi atau tulang mungkin akan dipotong untuk mengeluarkan gigi tersebut.


Cabutan Gigi Pembedahan


  • Anda akan diberi sedasi agar berasa tenang dan tidur semasa pembedahan, dan anestesia agar anda tidak berasa sakit. 


  • Bagi kes kompleks seperti pereputan gigi yang teruk atau gigi yang patah pada garis gusi, doktor gigi akan membuat hirisan pada gusi anda agar dapat merawat / mengakses gigi tersebut.


Selepas Gigi Dicabut


  • Apabila gigi berkenaan sudah dicabut, doktor gigi anda akan membersihkan soket gigi. 



  • Anda akan diarahkan oleh doktor gigi anda untuk menggigit sekeping kapas (kain kasa) yang diletakkan ke atas bekas cabutan bagi menghentikan pendarahan.


Apa Yang Perlu Dilakukan Selepas Cabut Gigi?

Tips berikut adalah penting untuk memastikan proses pemulihan yang lebih cepat dan membantu anda mengelakkan segala komplikasi cabutan gigi.

Perkara Yang PATUT Dilakukan

Dalam tempoh 24 jam pertama selepas cabutan gigi, pastikan anda melakukan perkara berikut: 


  • Dapatkan rehat yang secukupnya.


  • Gigit kapas yang diletakkan ke atas bekas cabutan selama 20 hingga 30 minit selepas prosedur, atau sehingga pendarahan berhenti. 


  • Ambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor gigi anda (cth: ubat tahan sakit, ubat preskripsi). 


  • Telan air liur anda.


  • Letakkan pek ais pada bahagian luar pipi, di tempat gigi dicabut selama 20 minit. Kemudian, alihkan selama 20 minit. Ulangi proses ini secara berselang-seli untuk 24 jam pertama.


  • Makan makanan yang lembut dan berkhasiat, dan bersuhu sederhana (tidak terlalu panas). 



Selepas tempoh 24 jam tersebut, anda boleh berkumur dengan air garam untuk mencegah jangkitan pada bekas cabutan.

Pastikan anda membuat temu janji susulan dengan doktor gigi anda untuk memeriksa bekas cabutan dan memastikan ia sembuh dengan baik.

Perkara Yang TIDAK PATUT Dilakukan

Dalam tempoh 24 jam pertama selepas cabutan gigi, pastikan anda tidak melakukan perkara berikut: 


  • Berkumur atau berludah (secara kasar).


  • Merokok atau minum arak.


  • Mengganggu bekas cabutan dengan lidah atau jari.


  • Mengambil makanan atau minuman yang panas, berasid, dan berkarbonat.


  • Minum minuman dengan menggunakan straw semasa bekas cabutan masih dalam proses pemulihan.


Di samping itu, anda dinasihati untuk mengelakkan aktiviti fizikal untuk 1 hingga 2 hari selepas cabutan gigi.


Adakah anda tahu pembersihan gigi profesional patut dilakukan selepas cabutan gigi? Ketahui lebih lanjut tentang scaling gigi untuk menjaga kesihatan gigi anda.


Kebaikan dan Keburukan Mencabut Gigi

Dalam jadual di bawah, kami telah senaraikan kebaikan dan keburukan mencabut gigi:

Kebaikan

Keburukan

Menambah baik senyuman (mendapat gigi yang lebih tersusun dalam kes orthodontik).

Kesakitan dan ketidakselesaan untuk beberapa hari.

Mencegah kerosakan pada gigi dan gusi, dan mengelakkan jangkitan merebak ke bahagian lain. 

Risiko komplikasi seperti jangkitan, pendarahan berpanjangan, atau kecederaan pada gigi berdekatan.

Menghilangkan rasa sakit gigi dengan serta merta.

Dalam beberapa keadaan yang tertentu, kos cabutan gigi dan kos menggantikan gigi tersebut (cth: implan gigi) boleh menjadi lebih tinggi berbanding kepada menyelamatkan gigi tersebut.

Membolehkan rawatan lain seperti pemasangan implan gigi atau rawatan ortodontik.

Konsult doktor-doktor gigi di Klinik Pergigian Skye untuk ketahui sama ada cabutan gigi ialah rawatan yang terbaik untuk anda.

Kami menggunakan teknologi dan rawatan pergigian terkini untuk menjamin para pesakit kami sentiasa mendapat rawatan yang sesuai, berkualiti, dan berkesan. 

Kesan Sampingan dan Komplikasi Berkaitan Cabut Gigi

kesan sampingan dan komplikasi berkaitan cabut gigi

Sumber: Freepik

Kesan Sampingan

Anda mungkin akan mengalami kesan sampingan untuk beberapa hari selepas cabut gigi:


  • Pendarahan


  • Bengkak


  • Rasa tidak selesa


  • Rasa kebas pada bibir dan pipi

Komplikasi

Kadangkala, komplikasi berikut berlaku selepas cabutan gigi:


  • Jangkitan selepas pembedahan


  • Gigitan runtuh (perubahan bentuk muka dan rahang)


  • Soket kering (tulang di bekas cabutan terdedah)


  • Kecederaan saraf


  • Cabutan yang tidak lengkap


  • Kecederaan pada gigi berdekatan


  • Pembukaan mulut yang terhad


  • Perforasi sinus maksila (lubang terbentuk pada membran sinus maksila)


  • Proses pemulihan yang lambat 


Jika anda mengalami sebarang komplikasi atau kesan sampingan berpanjangan, sila berjumpa dengan doktor gigi anda secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan lanjutan. 

Berapakah Harga Untuk Cabut Gigi?

Harga untuk cabut gigi bergantung pada bilangan gigi yang perlu dicabut, dan tahap kesukaran prosedur tersebut. Secara amnya, harga untuk cabut gigi di klinik swasta Malaysia adalah antara RM 100 hingga RM 250. 

Harga untuk cabutan pembedahan adalah antara RM 800 - RM 1700. Walau bagaimanapun, jika terdapat kes yang rumit, harga mungkin akan lebih tinggi.

Alternatif Cabut Gigi & Rawatan Untuk Ganti Gigi

alternatif cabut gigi rawatan untuk ganti gigi

Sumber: Freepik


Berikut ialah rawatan-rawatan yang mungkin lebih sesuai untuk anda:


  • Tampalan Gigi: Digunakan untuk merawat karies gigi atau membaiki retak kecil pada gigi. Prosedur pergigian ini membaiki gigi yang reput atau rosak dan menutup ruang yang terjejas dengan bahan tampalan. 


  • Mahkota Gigi / Korona Gigi: Digunakan apabila gigi anda rosak, retak, atau pecah, dan kerosakan tersebut terlalu besar atau tidak dapat diselamatkan dengan tampalan gigi. Penutup ini akan dipasang di atas gigi yang rosak atau lemah untuk melindungi dan menguatkannya. 


  • Rawatan Salur Akar: Digunakan apabila kerosakan gigi amat teruk sehingga tisu pulpa gigi telah dijangkiti atau mati. Prosedur pergigian ini akan mengeluarkan tisu pulpa tersebut, agar gigi tidak perlu dicabut dan boleh terus digunakan. 


  • Apicoectomy: Rawatan ini biasanya digunakan apabila rawatan salur akar tidak berjaya. Prosedur pergigian ini mengeluarkan tisu gusi yang meradang dan hujung akar gigi yang dijangkiti, agar gigi tersebut dapat diselamatkan dan terus digunakan. 


Jika gigi anda perlu dicabut, berikut ialah beberapa rawatan untuk menggantikan gigi yang hilang:


  • Implan Gigi: Prosedur pergigian yang digunakan untuk menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang. Implan gigi menggantikan akar gigi dengan titanium yang berbentuk skru, dan menggantikan gigi hilang dengan gigi buatan. 


  • Jambatan Pergigian: Prostesis yang digunakan untuk menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang. Jambatan pergigian terdiri daripada ‘jambatan’ gigi palsu yang dihubungkan dengan gigi-gigi bersebelahan (gigi asli, mahkota gigi atau implan gigi). 


  • Gigi Palsu Boleh Tanggal: Gigi palsu lengkap ialah prostesis yang digunakan untuk menggantikan semua gigi di rahang, manakala gigi palsu sebahagian ialah prostesis yang digunakan untuk menggantikan beberapa gigi di rahang.


Kesimpulan

Mencabut gigi adalah prosedur pergigian yang sering diperlukan untuk menjaga kesihatan mulut dan keseluruhan tubuh. Dengan memahami kebaikan dan keburukan cabutan gigi, pesakit dapat membuat keputusan yang lebih baik mengenai rawatan yang sesuai untuk mereka.


Jika anda perlukan bantuan pergigian, dapatkan perkhidmatan berkualiti dan mesra kanak-kanak di Klinik Pergigian Skye. Doktor-doktor gigi kami berpengalaman luas dalam pelbagai rawatan pergigian, termasuk cabutan gigi.


Jadualkan janji temu dengan Klinik Pergigian Skye hari ini!

Ubah Senyuman Anda Hari Ini!

Jadualkan konsultasi dengan kami untuk meneroka jalan ke senyuman yang lebih cerah dan sihat.

Jadualkan temujanji
cheerful-young-woman-having-dental-examination-clinic

Soalan Lazim

Berapa lama tempoh sembuh selepas cabut gigi?

Tempoh pemulihan untuk cabutan gigi biasa adalah sekitar 2 minggu. Walau bagaimanapun, jika gigi tersebut adalah besar atau mempunyai lebih daripada satu akar gigi, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh. Tempoh pemulihan untuk cabutan gigi pembedahan adalah beberapa bulan. 

Berapa lama boleh makan selepas cabut gigi?

Anda boleh makan selepas prosedur cabut gigi, sebaik saja kesan bius hilang. Walau bagaimanapun, anda patut amalkan diet makanan lembut (cth: roti dan sup, bubur, yogurt), dan elakkan makanan dan minuman yang amat panas, berasid, dan berkarbonat untuk 24 jam selepas cabut gigi. 

Kenapa lepas cabut gigi tidak boleh kumur?

Berkumur sejurus selepas mencabut gigi boleh menyebabkan gumpalan darah dalam soket gigi anda terkeluar. Hal ini boleh menyebabkan komplikasi seperti soket kering. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk tidak berkumur dalam tempoh 24 jam pertama selepas cabutan gigi. 

Berapa lama kena gigit kapas selepas cabut gigi?

Anda perlu gigit kapas pada bekas cabutan gigi anda selama 20 hingga 30 minit atau sehingga pendarahan berhenti. Apabila kapas tersebut penuh dengan darah, gantikan dengan kapas bersih yang baharu.

Kenapa lepas cabut gigi masih sakit?

Kesakitan selepas cabut gigi merupakan kesan sampingan biasa ekoran daripada prosedur tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami rasa sakit berpanjangan, sila berjumpa dengan doktor gigi anda secepat mungkin untuk mendapatkan pemeriksaan lanjutan.

Adakah gigi kekal akan tumbuh semula?

Tidak, gigi kekal tidak akan tumbuh semula jika tercabut. Jika anda ingin atau perlu menggantikan gigi yang hilang, anda boleh mendapatkan rawatan seperti implan gigi atau gigi palsu. 

Author

Share your love
Feliciayi
Feliciayi
Articles: 33