Gusi Bengkak: Penyebab & Cara Untuk Merawatnya

Tahukah anda bahawa gusi bengkak merupakan masalah yang dialami oleh 3 daripada 4 orang dewasa? Kebersihan mulut yang buruk boleh menjadi sebab utama gusi bengkak.

Gusi bengkak bukan sahaja menjejaskan kesihatan gigi, malahan akan menimbulkan rasa sakit dan ketidakselesaan yang signifikan.

Memahami cara mencegah dan merawat gusi bengkak secara teratur adalah sangat penting agar masalah ini tidak semakin parah.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan betapa pentingnya rawatan gusi, serta cara-cara untuk merawatnya untuk menjamin kesihatan gusi.

gusi bengkak gigi sakit

Apa itu Gusi Bengkak?

Gusi bengkak merupakan keadaan di mana gusi membengkak dan kelihatan merah. Ini boleh berlaku disebabkan oleh keradangan (inflamation) atau jangkitan.

Apabila gusi mengalami keradangan, gusi akan membengkak dan menyebabkan rasa sakit.

Tahukah anda bahawa ketika kita tidak membersihkan gigi dengan baik, sisa makanan boleh terperangkap di celah-celah gigi?

Jika sisa makanan ini tidak dibersihkan sepenuhnya, celah-celah gigi boleh menjadi tempat pertumbuhan bakteria. 

Kemudian, ini akan menyebabkan jangkitan pada gusi, yang akhirnya membawa kepada keadaan gusi bengkak.

Selain daripada itu, gusi anda juga akan membengkak serta berdarah ketika menggosok gigi jika terdapat plak atau karang gigi yang menumpuk di situ. 

Plak ini sebenarnya kumpulan bakteria yang melekat pada permukaan gigi dan bibir dalam mulut.


gusi bengkak

Sumber: New Concept Dental 

Kehilangan Tulang Gigi

Jika gusi bengkak dibiarkan tanpa menerima rawatan, ini boleh menyebabkan masalah lain seperti kehilangan tulang gigi

Ketika tulang pendukung gigi merosot akibat keradangan kronik pada gusi (gingivitis), ini akan mempengaruhi kekuatan struktur penyangga gigi.

Selain itu, jangan abaikan gejala-gejala seperti bau mulut yang tidak sedap atau rasa masin di mulut kerana gejala-gejala ini pun merupakan petanda awal masalah kesihatan gusi anda.

kehilangan tulang gigi

Penyebab Gusi Bengkak 

Penumpukan plak dan tartar pada gigi

Penumpukan plak dan tartar pada gigi boleh menyebabkan gusi bengkak.

Plak merupakan lapisan yang terlekat di permukaan gigi yang dibentukkan oleh bakteria di mulut, manakala tartar merupakan plak yang telah keras.

Jika tidak dibersihkan dengan betul, kedua-dua bahan ini boleh merosakkan gusi.

Plak dan tartar boleh menyebabkan kerengsaan gusi, seterusnya menyebabkan keradangan dan kebengkakan.


Ada karang gigi tapi tak tahu cara efektif untuk menghilangkannya? Baca panduan lengkap ini!


plak dan tartar

Sumber: Issuu

Tabiat Merokok

Tabiat merokok dapat meningkatkan risiko mengalami kebengkakan gusi kerana rokok mengandungi bahan kimia yang mampu merosakkan tisu gusi serta menjejaskan sistem imun badan untuk melawan jangkitan.

Merokok bukan sahaja melemahkan tindak balas imun badan, malahan mengurangkan aliran darah ke gusi. 

Ini akan menyukarkan penyembuhan gusi jika gusi rosak atau dijangkiti oleh bakteria daripada penumpukan plak dan tartar.

Jangkitan Bakteria

Jangkitan bakteria pada gusi juga merupakan penyebab biasa bagi gusi bengkak.

Bakteria dalam mulut boleh membiak dengan cepat jika kebersihan mulut kurang terjaga ataupun terdapat sisa makanan yang tertinggal di celah-celah gigi.

Bakteria yang membiak dalam mulut boleh menyebabkan jangkitan yang memberi kesan buruk kepada gusi, seterusnya menyebabkannya menjadi bengkak dan lembut. Keadaan ini dikenali sebagai gingivitis.

Jika dibiarkan tanpa menerima rawatan, ini boleh berkembang menjadi penyakit gusi dan menyebabkan komplikasi yang lebih lanjut seperti periodontitis.


gingivitis

Sedia untuk senyuman yakin dan berseri?

Tempah konsultasi untuk membincangkan pilihan rawatan yang disesuaikan. Senyuman yang lebih cerah dan gembira menanti anda!

Hubungi kami inspection-teeth-woman-with-help-mirror

Penyakit Periodontitis

Gusi yang bengkak secara berterusan tanpa menerima rawatan boleh berkembang menjadi penyakit periodontitis.

Ini merupakan keadaan yang serius di mana gusi berdarah, gigi menjadi kendur, dan tulang penyangga gigi mulai rosak.tanpa menerima rawatan, ini boleh menyebabkan kehilangan gigi.

Gusi bengkak biasanya merupakan tanda awal gingivitis, tetapi jika tidak dirawat, ia boleh berkembang menjadi penyakit periodontitis.

Penjagaan gigi yang baik seperti menggosok gigi dua kali sehari, menggunakan benang gigi, mendapatkan rawatan cuci gigi / scaling ssetiap enam bulan dapat membantu mencegah penyakit periodontitis.


doktor menyemak gigi

Contohnya, seseorang yang mengalami gusi bengkak akibat gingivitis harus mendapatkan rawatan dengan segera untuk mengelakkan keadaan gusinya daripada terus merosot sehingga menghidapi penyakit periodontitis.

Abses Gigi

Abses gigi merupakan infeksi bakteria yang berlaku di dalam atau di sekitar akar gigi. Keadaan ini disebabkan oleh kumpulan nanah yang terbentuk akibat jangkitan bakteria.

Tanda-tanda abses termasuk perasaan sakit yang teruk, pembengkakan di bahagian wajah atau rongga mulut, serta demam.

Contoh abses gigi

Sumber: Bash Dental

Rawatan abses gigi melibatkan pembedahan untuk membuang nanah daripada abses, rawatan akar gigi, serta penggunaan antibiotik untuk merawat jangkitan tersebut.

Jika tidak dirawat dengan betul, abses ini boleh merebak ke bahagian lain dalam badan dan menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius.

Contoh situasi praktikalnya ialah apabila seseorang mengalami sakit gusi yang teruk berserta dengan pembengkakan di sekeliling muka. Ini mungkin menandakan kewujudan abses dan memerlukan rawatan dengan segera.


Adakah scaling gigi sakit? Baca panduan lengkap ini untuk mengetahui lebih lanjut.


Faktor Risiko dan Komplikasi Gusi Bengkak

Merokok dan Diabetes

Merokok dan diabetes merupakan dua faktor risiko utama yang dapat menyebabkan gusi bengkak.

Asap rokok mengandungi bahan-bahan kimia yang dapat merosakkan jaringan gusi, manakala kadar gula darah yang tinggi pada pesakit diabetes pula dapat mencetuskan keradangan gusi.

Kedua-dua keadaan ini akan meyebabkan seseorang lebih terdedah kepada masalah kesihatan gigi dan mulut.

Gusi bengkak akibat merokok ataupun diabetes boleh berkembang menjadi penyakit periodontitis jika tidak dirawat dengan baik.

Hal ini kerana, kedua-dua faktor ini akan menyebabkan keturunan daya tahan tubuh. Keadaan ini akan menyumbang kepada penumpukan plak bakteria yang tidak terkawal.

merokok

Komplikasi Serius

Gusi bengkak yang dibiarkan tanpa dirawati boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada jaringan gusi serta tulang gigi.

Jika jangkitan semakin parah, hal ini juga akan meningkatkan risiko menghidapi penyakit jantung dan strok.

Penyakit periodontitis juga telah dikaitkan dengan masalah-masalah kesihatan lain yang serius seperti diabetes jenis 2, artritis reumatoid dan komplikasi kehamilan.

Melalui faktor-faktor risiko yang dinyatakan di atas, kita dapat mengetahui kepentingan menjaga kesihatan gigi dan mulut kita dengan baik. 

Oleh itu, tingkatkanlah kekerapan kunjungan anda ke doktor gigi untuk memeriksa keadaan gusi anda supaya masalah gusi dapat dikesan dengan seawal mungkin.

doktor gigi dengan pesakit

Pencegahan Masalah Gusi 

Menjaga Kebersihan Mulut

Menjaga kebersihan mulut merupakan salah satu langkah yang penting untuk mencegah masalah gusi.

Dengan menggosok gigi dua kali sehari dan menggunakan benang gigi, kita dapat mengurangkan risiko menghidapi gusi bengkak. Kuman dan sisa makanan yang terperangkap dalam celahan gigi boleh menyebabkan keradangan gusi.

Membersihkan mulut dengan teliti juga membantu mengurangkan penumpukan plak yang boleh menyebabkan masalah kesihatan gusi.

Jika plak tidak dibersihkan, ia boleh mengeras sehingga menjadi karang gigi yang hanya doktor gigi yang dapat membersihkannya.

Menjaga kebersihan mulut

Hindari Merokok dan Makanan Manis

Menghindarkan diri daripada merokok merupakan satu cara lagi untuk mencegah gusi bengkak.

Rokok bukan sahaja berpotensi untuk merosakkan jaringan pada gusi, malahan boleh mempengaruhi proses penyembuhan gusi anda selepas menjalani rawatan pergigian.

Selain itu, kurangkan pengambilan makanan manis kerana gula merupakan punca utama yang menyumbang kepada pembentukan plak di atas gigi.

Plak ini kemudiannya akan menyumbat kawasan di celah-celah gigi dan akar-akar gigi, seterusnya menyebabkan pembiakan bakteria.

menghindari daripada merokok

Ubah Senyuman Anda Hari Ini!

Jadualkan konsultasi dengan kami untuk meneroka jalan ke senyuman yang lebih cerah dan sihat.

Jadualkan temujanji
cheerful-young-woman-having-dental-examination-clinic

Rutin Menjaga Kebersihan Mulut

Gusi bengkak dapat dicegah melalui aktiviti penjagaan kebersihan mulut yang teratur. Pastikan anda menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan menggunakan benang gigi setiap hari.

Ini membantu mengeluarkan sisa makanan di celah-celah gigi yang boleh menjadi tempat pembiakan bakteria.

Selain itu, berkumur dengan air antiseptik juga membantu dalam membersihkan kawasan di sekitar gusi.

Pengambilan makanan manis dan gula yang berlebihan juga menyumbang kepada peningkatan risiko plak dan akhirnya menyebabkan gusi bengkak.

Oleh itu, kita sewajarnya menghindari pengambilan makanan atau minuman manis secara berlebihan. Pilihlah snek yang lebih sihat seperti buah-buahan atau sayur-sayuran sebagai alternatif.

tidak makan makanan manis

Sumber: Shop Giejo Magazine

Makanan Yang Kaya Dengan Vitamin C

Makanan seperti buah oren, strawberi, dan sayur-sayuran hijau adalah sumber vitamin C yang baik. Vitamin C mampu mempercepat penyembuhan gusi bengkak. Selain itu, vitamin C juga dapat meningkatkan kesihatan gusi secara keseluruhan.

Gusi bengkak biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria di dalam mulut. Ketika gusi mengalami keradangan, pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C boleh membantu sistem imun untuk melawan jangkitan tersebut.

Selain daripada itu, makanan yang kaya dengan vitamin C juga membantu dalam pembentukan tisu dan penyerapan zat besi bagi tubuh kita.

Oleh itu, pastikan anda menyertakan makanan sumber vitamin C dalam diet seharian anda.

makanan yang kaya dengan vitamin C

Memampatkan Daun Teh Basah

Memampatkan daun teh basah pada bahagian gusi yang bengkak turut mampu menenangkan gusi yang mengalami keradangan.

Daun teh mengandungi antioksidan dan sifat anti-radang yang dapat membantu meredakan ketidakselesaan pada gusi.

Anda boleh mencuba merendam kantung teh basah dalam air sejuk sebentar sebelum meletakkannya pada bahagian gusi yang bengkak selama beberapa minit. 

Proses ini boleh diulangi beberapa kali sehari untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

Selain daripada langkah-langkah pencegahan yang dinyatakan di bahagian terdahulu seperti menggosok gigi dua kali sehari dan menggunakan benang gigi setiap hari, rawatan rumah ini turut merupakan langkah tambahan yang penting dalam merawati masalah gusi bengkak.

daun teh untuk merawat gusi bengkak

Sumber: Pinterest


Rasa sakit gigi tapi tak dapat pergi berjumpa doktor gigi? Baca artikel ini untuk tahu cara hilangkan sakit gigi dengan berkesan!


Bilakah Saya Perlu Berjumpa Dengan Doktor Gigi?


Sekiranya gusi bengkak tidak menunjukkan tanda-tanda sembuh selepas beberapa hari, anda harus berjumpa dengan doktor gigi anda dengan segera.

Jika terdapat pendarahan parah atau nyeri hebat pada gusi, ini juga merupakan petunjuk bahawa anda perlu segera mendapatkan bantuan daripada doktor gigi.

Jika masalah bengkak pada gusi anda masih belum sembuh walaupun telah melakukan rawatan rumah seperti berkumur dengan air garam, ini menandakan bahawa mungkin anda perlu mendapatkan diagnosis dan rawatan yang lebih profesional daripada doktor gigi. 

Selepas memeriksa keadaan gusi anda secara langsung, barulah doktor gigi dapat membuat penilaian yang lebih tepat mengenai keadaan gusi anda dan memberikan saran serta langkah-langkah rawatan yang sesuai.

tanda tanda komplikasi gusi bengkak

Sumber: Monroe Family Dentistry

Peranan Doktor Gigi

Doktor gigi memiliki pengetahuan dan keterampilan profesional dalam menangani pelbagai masalah gigi dan mulut, antaranya termasuk masalah gusi bengkak.

Mereka dapat menjalankan pemeriksaan yang menyeluruh untuk menentukan punca pembengkakan gusi anda, dan memberikan rawatan yang khusus.

Selain itu, jika prosedur perubatan seperti membersihkan karang gigi atau merawat jangkitan di kawasan gusi perlu dijalankan, doktor gigilah yang memiliki kemampuan untuk menjalankan prosedur-prosedur tersebut dengan selamat dan berkesan.

doktor gigi menyemak gigi pesakit

Rutin Periksa ke Doktor Gigi

Pemeriksaan berkala ke doktor gigi memainkan peranan yang penting dalam pencegahan masalah kesihatan gusi.

Doktor gigi bukan sahaja dapat membersihkan karang atau plak yang sukar dicapai melalui proses pembersihan yang profesional, tetapi mereka juga dapat mengesan masalah kesihatan gusi dengan lebih awal sebelum keadaan menjadi lebih serius.

rutin periksa ke doktor gigi

Pengaruh Kehamilan terhadap Kesihatan Gusi

Perubahan Hormon Sepanjang Kehamilan

Semasa mengandung, tubuh wanita akan mengalami perubahan hormon yang dapat mempengaruhi kesihatan gusi.

Peningkatan kadar hormon seperti estrogen dan progesteron akan menyebabkan gusi terdedah kepada keradangan dengan lebih mudah.

Hal ini menyebabkan gusi mudah membengkak dan berdarah semasa membersihkan gigi.

Keradangan gusi sepanjang kehamilan juga boleh meningkatkan risiko menghidapi gingivitis, iaitu keradangan ringan yang bercirikan gusi yang bengkak, merah, serta berdarah.

Oleh itu, penjagaan kebersihan mulut amat penting bagi wanita-wanita yang hamil agar dapat mengurangkan risiko menghidapi gusi bengkak.

Menjaga kesihatan gigi semasa hamil

Sumber: Dr Steven Hatzikostas

Tips Menjaga Kebersihan Mulut Semasa Hamil

Wanita hamil disarankan untuk menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan ubat gigi yang mengandungi fluorida.

Selain itu, penggunaan benang gigi atau berus interdental juga digalakkan untuk mengeluarkan sisa makanan di celah-celah gigi.

Pengambilan makanan yang berkhasiat dan rendah gula turut menyumbang kepada kesihatan gusi sepanjang kehamilan.

Selain daripada itu, lawatan berkala ke doktor gigi juga penting untuk menjamin keadaan mulut yang baik sepanjang kehamilan.

Doktor gigi akan memberikan rawatan tambahan sekiranya diperlukan serta memberikan nasihat tentang cara penjagaan kesihatan mulut dengan betul sepanjang kehamilan.

menjaga kebersihan gigi semasa mengandung

Sumber: Brantford North Dental

Kesimpulan

Walaupun masalah gusi bengkak mungkin kelihatan remeh, namun masalah ini boleh membawa kesan yang serius kepada kesihatan gigi sehingga ke keseluruhan kesihatan tubuh jika tidak diberikan perhatian yang cukup.

Sentiasa menjaga kebersihan mulut anda dengan baik, kunjungi doktor gigi seperti Klinik Pergigian Skye dan selalu memantau kesihatan gusi anda.


John Teh Wick HoJohn Teh Wick Ho
05:39 05 Dec 23
Very Good service and clean
Nicholas ChewNicholas Chew
01:24 04 Dec 23
Wonderful and pleasant dentist that is full of love towards children. My 4years old daughter is able to complete her teeth cleaning with some minor challenge but the dentist overcome it with patience and love. I would highly recommend this dentist to all the children out there. Great Job to the dentist!
Keihung LauKeihung Lau
05:55 01 Dec 23
mira lieyanamira lieyana
09:20 26 Nov 23
The doctor is very good in handling my kidd. Very recommended. Good explanation by the doctor
Ju Rard TanJu Rard Tan
05:23 23 Nov 23
The Dr very patient, professional and caring.
Boo Boon KhuanBoo Boon Khuan
10:15 06 Nov 23
My kid has his 1st dental visit here. It was stress free for both parents and kid. Love the service and environment. My kid loves everything about it. Such a great kids friendly dental clinic. Highly recommended, especially for kids. Thumbs up! 👍🏻 👍🏻
Ginn KuahGinn Kuah
14:45 22 Oct 23
I just brought my 2-year-old son to this dental clinic for a check-up and scaling this evening, and I couldn't be happier with the experience. The dentist was incredibly friendly and knew exactly how to interact with kids, making the whole process smooth and stress-free. My son was surprisingly cooperative, thanks to the dentist's skills. What's more, the clinic's small play station added an extra layer of joy to the visit. Overall, it was a fantastic experience, and my son left with a smile on his face, both from the visit and the playtime. Highly recommended for parents seeking a kid-friendly dental clinic!
ari wirantiari wiranti
09:49 08 Oct 23
It was a great experience. Dr. Felicia was very patient and did her job well. Our 3 yo son was happy during the treatment. Will come back next time!Thanks Dr and staffs ❤️
Samantha KoaySamantha Koay
06:46 10 Sep 23
My Child 2yrs + 1st time visit skye dental pg. Dr are extremely kind and patient when check up. Dr will make kid feel comfort and experience before treatment started. Whole progress my kid doesn't cry and co-operate with Dr. Will come follow up after 3month..Highly Recommend
Dena CameronDena Cameron
10:51 09 Aug 23
Dr Felicia is very kind and patient with kids. She is very sweet and explained everything they asked patiently. The kids had a wonderful experience consulting her and learning at the same time.
js_loader

Kesihatan mulut yang baik memberi impak yang besar kepada kehidupan kita, jadi pastikan anda memberikan perhatian yang secukupnya kepada gusi anda. 

Jaga gigi, jaga gusi, dan teruskan senyuman yang sihat!

Ubah Senyuman Anda Hari Ini!

Jadualkan konsultasi dengan kami untuk meneroka jalan ke senyuman yang lebih cerah dan sihat.

Jadualkan temujanji
cheerful-young-woman-having-dental-examination-clinic

Soalan Lazim

Apakah faktor umum menyebabkan gusi bengkak?

Gusi bengkak boleh disebabkan oleh penumpukan plak dan jangkitan bakteria. Kegagalan untuk menjaga kebersihan mulut juga boleh menjadi punca utama yang menyebabkan masalah gusi ini.

Selain itu, kumpulan nanah akibat infeksi bakteria yang berlaku di dalam atau di sekitar gigi atau saraf gigi juga akan menyebabkan gusi bengkak.

Apakah cara untuk mencegah masalah gusi?

Pencegahan masalah gusi melibatkan amalan kebersihan mulut yang baik seperti menggosok gigi dua kali sehari, menggunakan benang gigi, dan mengunjungi doktor untuk rawatan scaling setiap 6 bulan.

Adakah rawatan rumah berkesan untuk merawat gusi bengkak?

Ya, antara rawatan rumah yang berkesan termasuk berkumur dengan air garam suam dan mengamalkan kebersihan mulut yang baik seperti berus gigi dan menguna benang gigi di tempat yang berbengkak. Namun, jika gejala bertambah teruk, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor gigi dengan segera.

Apa itu penyakit periodontitis?

Periodontitis ialah penyakit radang tisu di sekitar gigi yang boleh merosakkan tulang pendukung gigi. Penyakit ini biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria akibat plak gigi yang tidak dibersihkan dengan betul.

Apakah cara untuk menjaga kesihatan gusi agar kesihatan gusi dijamin?

Untuk menjaga kesihatan gusi, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan mulut dengan baik. Elakkan daripada merokok kerana merokok boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mulut. Jangan lupa untuk mengunjungi doktor gigi secara berkala untuk menjalankan pemeriksaan rutin.

Author

Share your love
Feliciayi
Feliciayi
Articles: 33