Adakah anda mengetahui bahawa 20% orang akan sering mengalami ulser mulut manakala 60% orang akan mengalami ulser mulut sekurang-kurangnya sekali seumur hidup?
Artikel ini akan membincangkan punca, simptom dan pilihan rawatan serta ubat ulser mulut.
Ia juga akan memberikan cadangan untuk mencegah dan menguruskan ketidakselesaan yang boleh ditimbulkannya.
Apa Itu Ulser Mulut?
Ulser mulut boleh dikenali dengan luka kecil yang terbentuk di dalam mulut. Luka ini biasanya berwarna putih atau merah, dan boleh menjadi sangat sakit ketika bercakap atau makan.
Selain itu, ulser juga boleh menyebabkan kesulitan menelan.
Luka tersebut berpotensi membesar sehingga mencapai saiz koin sebelum sembuh sepenuhnya. Ia juga boleh muncul secara individu atau berkumpulan sehingga mempengaruhi aktiviti harian seseorang.
Contoh lain tanda-tanda ulser adalah sakit pada bahagian gusi, rasa tidak selesa ketika mengunyah makanan, serta demam ringan.
Sumber: Healthdirect
Apakah Punca Ulser Mulut?
Punca utama ulser masih belum diketahui secara pasti. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang dipercayai dapat menyebabkan luka tersebut timbul.
Antara punca umum termasuklah:
- Cedera fizikal seperti tergigit lidah atau pipi secara tidak sengaja
- Reaksi alergi terhadap sesetengah jenis makanan, ubat-ubatan tertentu, atau bahan kimia dalam produk pergigian
- Tekanan emosi dan stres
- Kekurangan nutrien seperti zink, asid folik dan vitamin B12
- Perubahan hormon semasa haid atau menopaus
- Jangkitan virus seperti cacar air, kayap (herpes), penyakit tangan kaki dan mulut
Simptom-Simptom Ulser Mulut
Simptom-simptom ulser mulut boleh berbeza mengikut individu, tetapi biasanya termasuk:
Sakit atau Tidak Selesa Ketika Makan atau Bercakap
Kebanyakan individu yang mengalami ulser mulut akan merasai kesakitan ketika makan atau bercakap. Ini disebabkan oleh luka kecil di dalam mulut yang boleh menyebabkan rasa tidak selesa.
Luka tersebut juga boleh menyebabkan kesukaran semasa mengunyah makanan, terutamanya jika ulser itu terletak di bahagian lidah atau bibir.
Luka Kecil dan Cetek di Dalam Mulut
Simptom lain adalah wujudnya luka yang kecil dan cetek di dalam mulut. Ulser ini biasanya berbentuk bulat atau bujur dan berbeza saiz bergantung kepada jenis ulser - sama ada minor, major, atau ulser mulut Herpetiform.
Sumber: The NHS Website
Bengkak atau Kemerahan di Sekitar Luka
Apabila seseorang mengalami ulser, kawasan sekeliling luka mungkin menjadi bengkak atau kemerahan. Hal ini turut menambah lagi rasa tidak selesa yang dialami oleh individu tersebut.
Rasa terbakar ataupun kesemutan juga boleh dirasai pada kawasan yang terjejas akibat daripada ulser tersebut.
Jika anda mempunyai sebarang simptom tambahan yang tidak disenaraikan di atas, adalah penting untuk mengunjungi doktor untuk mendapatkan diagnosis serta rawatan lanjutan.
Sumber: MSD Manual Consumer Version
Cara Berkesan Untuk Merawat Ulser Mulut
Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan kesakitan dan menghilangkan ulser mulut. Berikut merupakan beberapa pilihan rawatan biasa:
Ubat dari Farmasi Tanpa Preskripsi
Ketika mengalami ulser mulut, anda boleh menggunakan ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi tanpa preskripsi daripada doktor.
Contohnya, anda boleh menggunakan gel, krim, atau salap untuk merawat ulser mulut, seperti ubat idocaine (Contoh: Xylocaine) atau gel pengurangan kesakitan (Contoh: Gengigel, Bonjela, Avera gel, Orajel).
Anda hanya perlu menyapukan produk ini di bahagian yang terjejas. Produk-produk seperti ini mengandungi bahan seperti benzocaine, hyaluronic acid, choline salicylate yang membantu mengurangkan kesakitan dan kebengkakan.
Ubat-ubatan ini mudah digunakan dan boleh memberikan kelegaan sementara kepada individu yang mengalami simptom-simptom ulser mulut.
Namun, pastikan anda membaca arahan penggunaan dengan teliti sebelum menggunakannya.
Ubat Ulser Mulut (Dengan Preskripsi)
Bagi kes ulser yang lebih teruk, doktor mungkin akan merujukkan ubat khas untuk merawat ulser tersebut.
Contohnya, ubat topikal seperti steroid atau antibiotik boleh diberikan oleh doktor untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
Ubat-ubatan ini biasanya lebih kuat dan berkesan dalam merawat ulser secara langsung di tapak kecederaan. Doktor juga akan memberikan arahan penggunaan yang spesifik bagi memastikan rawatan berjalan dengan lancar.
Kumur Larutan Antiseptik
Selain itu, amalkanlah berkumur dengan larutan antiseptik seperti Gengigel mouthwash setiap hari selepas berus gigi. Ini dapat membantu menghapuskan bakteria di dalam mulut serta mempercepat proses penyembuhan ulser.
Larutan antiseptik juga merupakan cara pencegahan yang baik bagi mengelakkan jangkitan pada luka akibat ulser mulut. Pastikan anda tidak tertelan larutan tersebut ketika berkumur.
Source: Gengigel
Makanan yang Boleh Membantu Mengatasi Ulser Mulut
Terdapat beberapa makanan yang boleh membantu mengatasi ulser mulut dan mempercepatkan proses penyembuhan. Berikut adalah beberapa contoh makanan yang boleh anda timbangkan:
- Buah-buahan segar: Buah-buahan seperti epal, pisang, dan buah-buahan beri mengandungi vitamin C dan antioksidan yang dapat mempercepatkan proses penyembuhan ulser mulut.
- Sayur-sayuran hijau: Sayur-sayuran hijau seperti bayam dan brokoli mengandungi vitamin K yang penting untuk pembaikan tisu dan pembekuan darah.
- Makanan berprotein tinggi: Makanan seperti ayam, ikan, dan kacang-kacangan mengandungi protein yang membantu dalam proses pembaikan tisu.
Elakkan makanan yang panas dan pedas
Selain daripada makanan yang dinyatakan di atas, pastikan anda mengelakkan makanan pedas, asidik, atau keras yang boleh menyebabkan lebih banyak keradangan dan kesakitan pada ulser mulut anda.
Berus gigi dengan perlahan
Pastikan anda menjaga kebersihan mulut dengan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan berus gigi yang berbulu lembut untuk hasil yang optimum.
Perlahankan pergerakan berus gigi anda. Ini dapat membantu mengurangkan kerengsaan dan trauma pada membran mukus.
Cara Sembuhkan Ulser Mulut Guna Rawatan di Rumah
Selain daripada cara-cara di atas, anda juga boleh melakukan beberapa tindakan di rumah untuk mengurangkan rasa tidak selesa yang berkaitan dengan ulser mulut pada bibir ini.
Penggunaan Garam dan Soda Penaik
Selain itu, anda juga boleh menggunakan garam sebagai antiseptik semulajadi untuk membersihkan kawasan ulser.
Campurkan sedikit garam dengan air suam dan bilas mulut selama beberapa minit sebelum meludahkan air tersebut.
Soda penaik juga boleh digunakan untuk membantu menyamankan kesakitan akibat ulser mulut. Larutkan soda penaik dengan sedikit air sehingga menjadi larutan encer, lalu gunakan larutan ini sebagai ubat kumur.
Suplemen Vitamin B Kompleks
Adakah anda mengetahui bahawa suplemen Vitamin B kompleks juga penting dalam pemulihan daripada masalah ulser mulut?
Vitamin B kompleks dapat membantu dalam pertumbuhan tisu baru serta meningkatkan sistem imun badan.
Sumber: Fluid Revival Austin
Ingin mengetahui cara berkesan untuk merawat gusi bengkak? Baca panduan lengkap yang ditulis oleh doktor gigi kami sekarang!
Kaedah untuk Mengelakkan Ulser Mulut
Terdapat beberapa kaedah yang boleh membantu mencegah ulser mulut, anataranya termasuk:
Makan Diet yang Seimbang
Pemakanan yang seimbang mengandungi nutrien yang mencukupi untuk badan kita seperti vitamin dan mineral yang boleh membantu dalam pencegahan ulser mulut.
Antara faktor yang meyumbang ke pembentukan ulser mulut ada kekurangan zat galian seperti zat besi, folat dan vitamin B6 dan B12. Zat galian boleh didapati daripada makanan yang seimbang.
Untuk memastikan anda makan dgn seimbang, anda boleh mengikut piramid makanan yang terdiri daripada empat aras yang mewakili lima kumpulan makanan.
Selain daripada mengetahui jenis makanan yang dimakan, bilangan makanan juga sangat penting. Salah satu cara untuk menentukan jumlah makanan yang perlu dimakan adalah dengan mengikuti Suku-Suku Separuh. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini.
Minum Air yang Mencukupi
Memastikan pengambilan air yang mencukupi adalah penting untuk mengelakkan ulser mulut.
Air membantu mengekalkan kelembapan dalam mulut, seterusnya mengurangkan kemungkinan luka bertambah buruk dan mempercepat proses penyembuhan. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.
Sekiranya pengambilan air anda dalam sehari kurang daripada 8 gelas, risiko ulser mulut boleh meningkat kerana kekurangan cecair akan menyebabkan kekeringan pada mulut.
Pastikan juga pengambilan air yang cukup ketika cuaca panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal yang melelahkan. Ini dapat mencegah dehidrasi dan mengekalkan tahap kelembapan dalam badan.
Kurangkan Stres
Ketidakseimbangan emosi dapat menjadi pendorong utama bagi timbulnya ulser mulut.
Oleh itu, pengurusan stres yang baik adalah penting agar dapat mengelakkannya daripada berulang kembali.
Anda boleh cuba teknik pernafasan mendalam, yoga, atau hobi yang menenangkan fikiran sebagai cara untuk meredakan tekanan emosi.
Selain itu, pastikan tidur yang mencukupi kerana kekurangan tidur juga boleh menyumbang kepada peningkatan stres serta menjejaskan sistem imun badan kita.
Tahukah cara untuk memilih gigi palsu yang sesuai? Baca arkitel kami untuk memilih gigi palsu yang paling sesuai!
Bila anda perlu risau dengan lepuh dan ulser mulut?
Petunjuk yang paling penting adalah apabila lepuh dan ulser mulut tidak sembuh atau berlarutan. Ini mungkin berkaitan dengan peristiwa-peristiwa berikut:
Tanda-tanda Penyakit Kronik
Apabila lepuh dan ulser mulut tidak sembuh atau berlarutan, ini mungkin berkaitan dengan penyakit kronik seperti:
- barah
- trauma/kecederaan
- penyakit sistemik seperti penyakit darah, infeksi, keradangan usus, dan penyakit kulit.
Biasanya jika lepuh dan ulser mulut tidak sembuh dalam tempoh 2 minggu hingga 1 bulan walaupun rawatan telah diberikan, atau ia kembali berulang selepas sembuh sepenuhnya, ini merupakan petunjuk bahawa anda memerlukan perhatian perubatan lanjut.
Tanda-tanda Penglibatan Sistemik
Kita juga perlu berasa bimbang jika terdapat tanda-tanda penglibatan sistemik seperti:
- gatal-gatal
- lepuh dan ulser di bahagian kulit, kemaluan dan mata
- demam
- bengkak di kelenjar sekitar leher, ketiak, pangkal paha
- pendarahan di bawah kulit dan mukosa
- batuk yang kronik
- sakit di bahagian abdomen serta gangguan semasa buang air besar
Selain itu, penurunan berat badan secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas turut menjadi petunjuk untuk mencari penyelesaian kepada masalah kesihatan yang lebih serius.
Oleh itu adalah penting untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sekiranya mengalami gejala-gejala tersebut bagi mendapatkan diagnosis awal serta rawatan yang sewajarnya.
Berapa Lama Ulser Mulut akan Sembuh?
Ulser mulut biasanya sembuh dengan sendirinya dalam tempoh seminggu hingga sepuluh hari.
Walau bagaimanapun, masa yang diperlukan untuk pulih boleh berbeza-beza bergantung kepada saiz dan keterukan ulser tersebut.
Jika ulser itu besar atau teruk, ia mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh sepenuhnya.
Kemudian, punca yang mendasari ulser juga mempengaruhi tempoh penyembuhan.
Contohnya, jika ulser disebabkan oleh kecederaan fizikal seperti gigitan pipi atau gesel-gosok gigi palsu, ia mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding dengan ulser yang disebabkan oleh reaksi alergi atau jangkitan virus.
Sumber: Medical News Today
Adakah anda mengalami masalah karang gigi yang sering? Temukan tips dan panduan kami untuk mengatasi masalah ini!
Ulser Mulut dan Kudis Herpes: Apakan Perbezaannya?
Ulser mulut biasanya disebabkan oleh kerengsaan, kecederaan, kekurangan vitamin, atau faktor lain seperti tindak balas alahan dan perubahan hormon.
Sebaliknya, kudis herpes berpunca daripada virus herpes simplex (HSV) yang boleh menular melalui kontak rapat.
Kesimpulannya, ulser mulut tidak berjangkit sementara kudis herpes boleh berjangkit dan boleh tersebar melalui air liur individu yang dijangkiti.
Sumber: The NHS Website; Wikipedia
Lokasi
Ulser mulut boleh berkembang di mana-mana bahagian dalam mulut termasuk lidah, gusi, dan pipi dalam.
Kudis herpes biasanya muncul pada atau sekitar bibir serta kadang-kadang di hidung atau dagu.
Dengan memahami perbezaan antara kedua-dua masalah kesihatan ini daripada segi puncanya dan lokasi manifestasinya, kita dapat mengenalpasti gejala-gejala yang berkaitan dengan setiap jenis penyakit tersebut.
Bilakah Saya Perlu Jumpa Doktor untuk Pemeriksaan?
Anda harus segera mendapatkan bantuan perubatan jika ulser mulut anda mempunyai ciri-ciri seperti:
- berpanjangan lebih 2 minggu
- ulser mulut yang berterusan atau berulang
- sakitnya tidak dapat dikawal dengan rawatan sendiri
- terdapat di bibir dan menyebabkan bahaya kepada lapisan luar bibir
- sangat sukar makan atau minum
- demam tinggi atau cirit-birit
Apabila gejala-gejala ini muncul pada ulser mulut, adalah penting untuk segera membuat temujanji dengan doktor.
Akhir Kata
Dari artikel ini, jelaslah bahawa ulser mulut bukanlah perkara yang sepatutnya diabaikan.
Jika anda mengalami masalah ini atau memerlukan rawatan gigi yang berkaitan, jangan ragu untuk menghubungi Klinik Pergigian Skye.
Doktor kami yang berpengalaman akan memberikan pemeriksaan yang menyeluruh dan cadangan rawatan yang sesuai untuk kesihatan mulut anda. Segera aturkan temujanji anda hari ini!
Soalan Lazim
Kenapa ulser mulut terjadi?
Ulser mulut boleh berlaku disebabkan oleh kecederaan, tekanan emosi, atau reaksi alergi. Selain itu, kekurangan zat besi dan vitamin B12 juga boleh menyebabkan ulser mulut.
Adakah ulser mulut kancer?
Kebanyakan ulser mulut bukanlah kanser. Namun, jika anda mengalami luka yang tidak sembuh dalam tempoh dua minggu atau lebih besar dari 1 cm, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor.
Adakah ulser mulut boleh berjangkit?
Tidak, ulser mulut tidak boleh dijangkiti melalui sentuhan fizikal atau berkongsi makanan.
Kenapa saya sering terkena ulser mulut?
Beberapa faktor seperti stres, trauma fizikal pada bibir atau gusi serta sistem imun yang lemah boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat ulser mulut secara kerap. Jika masalah ini berterusan, adalah dicadangkan untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan pemeriksaan yang berlanjut.
Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Bagi kebanyakan orang dewasa, biasanya ulcer mulut akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu tanpa sebarang rawatan tambahan. Walau bagaimanapun, jika simptom-simptom tersebut bertambah buruk ataupun tiada perubahan positif dalam masa itu, sila dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan.